Najib Jamin Teliti Pelan Perniagaan Baharu MASwing - Berita Semasa | mStar

Najib Jamin Teliti Pelan Perniagaan Baharu MASwing

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan akan menimbang dengan teliti strategi pelan perniagaan baharu MASwings Sdn Bhd, anak syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).


Beliau berkata, strategi itu akan diumumkan pada masa yang bersesuaian apabila Rancangan Perniagaan Syarikat 'MAS Baharu' diluluskan kelak.

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang ingin mengetahui sama ada penstrukturan semula MAS menjejaskan penerbangan di kawasan luar bandar yang kini dikendalikan oleh MASwings yang kurang menguntungkan.

"Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar mengenai pelan penstrukturan semula MAS," katanya.

Pada 2 September lepas, MASwings dilaporkan akan memperkenal pelan perniagaan baharu, termasuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan Udara Luar Bandar (PULB) untuk Sabah dan Sarawak, tahun depan.

Pada 29 Ogos lepas, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pelan pemulihan MAS melibatkan kos RM6 bilion, yang antara lainnya membabitkan pengurangan 30 peratus pekerja dan memberi tumpuan semula kepada laluan serantau yang menguntungkan berbanding destinasi jarak jauh yang mengalami kerugian.

MASwings mula beroperasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 untuk menjalankan PULB di kedua-dua negeri berkenaan selain Kawasan Pertumbuhan Asean Timur, Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA).


Tags / Kata Kunci: MASwing , MAS , Datuk Seri Najib Tun Razak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan