Rakyat Malaysia Mati Berjuang Untuk IS Bukan Syahid - Mufti Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 4:59 PM

Muhamad Shukri Muhamad.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Rakyat Malaysia yang berjuang di Timur Tengah dan meninggal dunia kerana memperjuangkan Islam tidak dianggap sebagai mati syahid tetapi kematian biasa dan sama seperti kematian tidak bermakna, kata Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.

Beliau berkata walaupun ramai percaya tindakan berhijrah ke negara lain untuk mati memperjuangkan Islam, sama ada individu yang meninggal itu mati syahid atau tidak ditentukan oleh negara tempat mereka terkorban.

"Pada pendapat saya, apabila seorang individu menyertai kumpulan pelampau seperti Negara Islam (IS) dan meninggal dunia ketika berjuang, kematian mereka sama seperti insiden lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Selasa.

Muhammad Shukri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rakyat Malaysia yang meninggal dunia ketika berjuang di Timur Tengah selepas menyertai militan IS yang disifatkan sebagai mati syahid.

Beliau berkata, mati syahid hendaklah pertamanya diiktiraf oleh negara Islam tempat individu tersebut meninggal dunia sebelum ia diiktiraf negara asal.

"Pertama sekali, individu yang menyertai kumpulan pelampau tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang Islam dan pertimbangan asas untuk mati syahid adalah apabila seseorang itu meninggal dunia kerana berjuang melawan Kafir dan meninggal dunia dalam proses membebaskan negara daripada penceroboh yang mengancam kedaulatan negara dan agama," katanya.

Wisma Putra dilaporkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 25 Jun lalu mengesahkan sejumlah 15 rakyat Malaysia meninggal di Syria kerana menyertai IS.

Tags / Kata Kunci: mati syahid , IS , mufti Kelantan

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan