Kerajaan Kelantan Akui Peranan Pusat Rancakkan Iklim Ekonomi Negeri

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 1:48 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan mengakui peranan kerajaan pusat membangunkan negeri ini terutama dalam membawa masuk pelaburan asing.


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan pusat sebenarnya sentiasa membantu merancakkan iklim ekonomi di negeri ini.

"Kita berterima kasih kepada kerajaan pusat sebab berusaha membawa pelabur asing ke Kelantan terutama pelabur dari Korea sebelum ini," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bangun menjelaskan bahawa kerajaan pusat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri menarik pelabur asing ke Kelantan.

Ahmad kemudiannya berkata jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri perlu diteruskan demi kepentingan rakyat Kelantan.

"Kita harap jalinan antara kerajaan Pusat dan negeri dapat terus dilaksanakan khusus untuk rakyat terutama umat Islam di Kelantan.

"Ruang antara kerajaan pusat dan negeri perlu diberi perhatian khusus agar peluang baharu dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini," kata Ahmad.

Sebelum ini, Mustapa dilaporkan kesal kerana kerajaan negeri langsung tidak menyebut sumbangan kerajaan pusat dalam bajet 2015 yang dibentangkan Ahmad.

Mustapa berkata, kerajaan Kelantan seolah-olah menyembunyikan fakta sebenar daripada pengetahuan rakyat sedangkan peranan kerajaan pusat adalah besar dalam program pembangunan di negeri ini.

Ketika ditemui di luar dewan, Mustapa berkata beliau sentiasa melakukan yang terbaik demi pembangunan negeri Kelantan.

"Kita mahu rakyat di negeri ini dapat yang terbaik dan kita sentiasa berjuang habis-habisan, dan terbaru dari segi pelaburan, semalam saya membawa masuk 20 pelabur dari Singapura," katanya.


Tags / Kata Kunci: Menteri Besar Kelantan , ekonomi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan