Anggota PAS Dinasihat Tidak Sertai PasMA

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 5:30 PM

Ahmad Yakob.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi menegaskan agar semua anggota parti itu mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMA).

Pemangku Ketua Datuk Ahmad Yakob berkata sebagai anggota parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.

"Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura).

"Apa-apa arahan dengan keputusan parti mana sekali pun kita kena patuh dan ikut," katanya kepada pemberita sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat di Kota Darul Naim di sini Selasa.

Pada 13 Oktober lalu majlis berkenaan telah mengeluarkan arahan agar anggota PAS tidak menyertai PasMA.

Bagaimanapun Presiden Pasma Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pada Isnin dilaporkan tetap berkeras untuk tidak membubarkan persatuan itu kerana penubuhannya tiada kaitan dengan PAS atau parti lain.

Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat berhubung perkara itu sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada anggotanya yang menyertai PasMA.

"Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai PasMA ini," katanya.

Ketika ditanya adakah perlu PasMA dibubarkan, Ahmad berkata ia merupakan masalah lain tetapi yang penting anggota PAS perlu mengikut arahan yang telah dikeluarkan.
Tags / Kata Kunci: PAS , PasMA , Ahmad Yakob , Majlis Syura

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan