Dagangan Haram Hidupan Liar Berleluasa Menerusi Iklan Di Internet

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 9:45 AM

Kura-kura jenis 'Radiated Tortoise' merupakan antara spesis hidupan liar terancam yang diiklankan penjualannya di Internet.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Internet menjadi medium perdagangan hidupan liar terancam di Malaysia, yang membolehkan pembelian secara haram haiwan berkenaan sehingga boleh diperoleh dalam masa sehari.

Satu semakan oleh The Star terhadap laman web pengiklanan utama menunjukkan terdapat tawaran haiwan terancam, dari spesis kura-kura sehingga kepada harimau, untuk dijual menerusi transaksi dalam talian yang mudah.

Pembeli hanya perlu membuat carian terhadap haiwan berkenaan menerusi pelbagai tawaran, menghubungi penjual dan berunding mengenai harga dan cara penghantaran.

Satu pertanyaan yang dibuat oleh The Star untuk kura-kura jenis Radiated Tortoise di laman web iklan kecil tempatan menunjukkan kebanyakan penjual memberi maklum balas berhubung pertanyaan itu menerusi aplikasi Whatsapp dalam masa sehari.

Malah penjual bersedia untuk meneruskan jualan dan bersetuju untuk menghantar kura-kura tersebut menerusi kiriman pos selepas pembayaran dibuat ke dalam akaun mereka.

Pengarah Serantau Traffic bagi Asia Tenggara, Dr Chris R. Shepherd berkata, terdapat bilangan penjual yang banyak bagi melakukan dagangan haram itu menerusi media sosial, halaman iklan kecil dan laman web.

"Disebabkan tawaran yang banyak itu menyebabkan perdagangan dalam talian itu diwakili oleh pedagang hidupan liar haram, yang menjadi kebimbangan buat ejen-ejen penguatkuasaan.

"Pedagang-pedagang menjual semua yang anda fikirkannya boleh didapati secara dalam talian dan memperolehinya," dakwa Dr Shepherd.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Dr. Zaaba Zainol Abidin berkata, kebanyakan pedagang hidupan liar haram merupakan sebahagian daripada kumpulan jenayah terancang.

"Ini menyukarkan aktiviti mereka dibanteras," katanya.

Bagaimanapun, Dr Zaaba mengakui bahawa siasatan terhadap perdagangan haram dijalankan secara reaktif pada masa ini, apabila terdapat sesuatu berlaku atau laporan mengenai aktiviti itu dibuat.

"Selepas laporan difailkan, kita akan menjejaki laman web atau halaman-halaman lain. Dalam beberapa kes, kita melakukan penyamaran untuk menyiasat berhubung laporan itu," katanya.

Menurut laporan Dana Antarabangsa untuk Kebajikan Haiwan 2013 terhadap "Jenayah Alam Semula Jadi", dagangan haram global bernilai kira-kira RM62 bilion setahun.

Tags / Kata Kunci: dagangan haram hidupan liar

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan