Kerajaan Diminta Pertimbang Bonus Swasta Dikecualikan Cukai

Diterbitkan: Selasa, 14 Oktober 2014 7:16 PM

Ikmal Hisham Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mempertimbangkan supaya pembayaran bonus kakitangan sektor swasta dikecualikan daripada dikenakan potongan cukai.


Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pengecualian itu dilihat selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat.

"Saya sering mendengar keluhan kelompok ini yang bekerja bertungkus lumus untuk meningkatkan hasil pendapatan syarikat bagi membolehkan mereka mendapat bonus pada hujung tahun sebagai ganjaran.

"Tetapi malangnya potongan yang dikenakan terlalu tinggi, sebagai contoh jika seseorang itu menerima bonus sebulan gaji, cukai yang dipotong hampir tiga suku daripada gaji mereka. Jumlah ini seolah-olah menyebabkan pembayaran bonus tidak membawa apa-apa makna kepada penerima," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan Bajet 2015 bagi peringkat dasar di Dewan Rakyat pada Selasa.

Terdahulu, Ikmal Hisham turut menyokong cadangan kerajaan untuk mengurangkan cukai pendapatan individu daripada satu peratus hingga tiga peratus yang membolehkan 300,000 pembayar cukai tidak perlu membayar cukai.

"Saya menyokong langkah ini, namun dalam masa yang sama saya sarankan jika jumlah potongan sedia ada bagi pembayaran bonus (kakitangan swasta) dikaji semula selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan meningkatkan pendapatan mereka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan