Tiada Hubungan Seks Setahun, Suami Fail Cerai

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 8:25 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

SEORANG warga Singapura berusia 69 tahun memfailkan penceraian terhadap isterinya seorang warga China selepas mengadu tidak mengadakan hubungan seks dengan wanita tersebut sejak berkahwin setahun yang lalu, lapor China Press.

Lelaki tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Huang mendakwa wanita tersebut enggan membayar sewa sebuah bilik di dalam rumah tersebut yang turut didiami oleh anak perempuan wanita itu.

Wanita tersebut dalam lingkungan 40-an menyewa bilik dari Huang selama dua tahun sebelum mereka berkahwin.

Huang mendakwa wanita tersebut enggan tidur bersama dengannya dan lebih gemar meluangkan masa bersama anak perempuannya.

Jadi, lelaki itu membuat keputusan untuk menceraikan isterinya.

Wanita itu bagaimanapun enggan berpisah dengan berkata suaminya adalah lelaki yang penyayang dan sentiasa memberi layanan baik terhadap dia dan anak perempuannya.

Wanita itu turut mendakwa mengambil berat akan diri Huang dan mempertikaikan persoalan mengapa dia perlu membayar sewa kerana rumah tersebut milik suaminya.

Tags / Kata Kunci: warga Singapura , fail cerai

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan