Kerajaan Sarawak Hentikan Program Yayasan Amal

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 10:34 PM

Daud Abdul Rahman.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak telah menghentikan penganjuran sebuah program di bawah Yayasan Amal Malaysia yang dijadual diadakan di Belaga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, 'Program Ziarah Dakwah Mahannah & Amal Kebajikan' itu tidak dapat diteruskan kerana kerajaan negeri 'bimbang kesan yang timbul akibat penganjuran program berkenaan'. 

Program berkenaan dijadual berlangsung pada 15 hingga 19 Oktober di Punan Bah, Belaga. 

Menteri Muda Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat selepas mengambilkira semua isu berbangkit yang mungkin timbul sekiranya program tersebut diadakan. 

"Adalah dimaklumkan Jabatan Agama Islam Sarawak, melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Sarawak, telah bersetuju untuk memutuskan agar program itu tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. 

"Ia selaras dengan kuasa Majlis Agama Islam Sarawak seperti yang termaktub di bawah Seksyen 58(1), Ordinan Majlis Agama Islam Sarawak 2001 dan Seksyen 11 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Sarawak 2001," katanya. 

Seksyen 58(1) menetapkan setiap aktiviti yang dijalankan untuk mempromosikan Islam kepada orang ramai tidak boleh dijalankan tanpa kebenaran daripada majlis berkenaan. 

Borneo Post sebelum ini melaporkan, wujud sekumpulan orang luar cuba mengajak penduduk rumah panjang di Belaga memeluk agama Islam. 

Laporan tersebut tersebar di media sosial hingga menyebabkan kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan mengkaji isu tersebut dengan mendalam. 


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan