Kredibiliti SPAD Dipertikai

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 3:45 PM

Mohamad Ashfar Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kredibiliti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai sebuah badan bebas yang sepatutnya mampu membuat keputusan segera dipertikai selepas didakwa gagal menangani isu tambang bas ekspres.


Kewibawaan suruhanjaya itu menjadi tanda tanya apabila Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali sendiri hairan mengapa SPAD mengambil masa yang begitu lama untuk membuat keputusan mengenai perkara saranan untuk menaikkan kadar tambang bas ekspres.

"Saya hairan... enam tahun adalah tempoh yang terlalu lama... paling lama dalam sejarah untuk buat keputusan, sedangkan SPAD boleh buat keputusan sendiri," katanya kepada mStar Online.

Jelas Mohamad Ashfar, proses permohonan untuk mempertimbangkan agar tambang bas ekspres dinaikkan sepatutnya lebih mudah dan pantas kerana SPAD merupakan sebuah badan bebas yang mampu membuat keputusan sendiri.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada apa-apa perkembangan 'menggembirakan' mengenai perkara itu sehingga hari ini, sebaliknya syarikat pengusaha bas hanya diminta supaya bersabar.

"Sampai bila kita mahu bersabar... adakah sehingga semua syaikat pengusaha bas yang kebanyakannya dikendalikan oleh golongan Bumiputera ini lingkup. Tolonglah fahami nasib mereka," katanya.

Menurut Mohd Ashfar, semasa perkhidmatan bas ekspres dibawah bidang kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), keputusan yang tergantung begitu lama seperti ini tidak berlaku.

"Walapun LPKP dibawah kerajaan dan melibatkan pelbagai birokrasi, kami hanya menunggu dua tiga bulan sahaja untuk mereka buat keputusan. Tidaklah lama seperti sekarang," katanya.

Beliau berkata, kali terakhir tambang bas ekspres dibenarkan naik sebanyak 30 peratus ialah pada 2008.

"Selepas itu tiada kenaikan sehingga hari ini. Oleh sebab itu, kita terpaksa menanggung kenaikan kos sehingga 35 peratus," katanya.

Justeru, beliau meminta agar kerajaan mempertimbangkan beberapa cadangan dalam memorandum yang dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Kementerian Kewangan pada 5 September lalu sekiranya tidak mahu menaikkan tambang bas ekspres buat masa ini.

Katanya, antara cadangan itu adalah meminta kerajaan supaya meletakkan pengusaha bas di bawah status 'kadar sifar' dalam Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ia bagi memudahkan pengusaha menuntut kembali GST yang dibayar, selain kos pembelian yang berkaitan.

"Ini termasuklah pembinaan badan bas, pembelian casis, tayar, bateri dan peralatan ganti bas dan perkhidmatan servis," katanya.

Cadangan lain termasuklah permohonan supaya kerajaan menubuhkan dasar nasional untuk Pengangkutan Awam Darat Nasional, melantik lebih ramai pemandu bas dan mengurang atau menghapuskan bayaran tol di lebuh raya.

"Jadi kita harap agar kerajaan membuat pertimbangan segera terhadap cadangan ini bagi menggantikan permohonan untuk menaikkan tambang bas," katanya.




 


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan