Ebola: Kementerian Kesihatan Perkukuh Tahap Kesiapsiagaan

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 3:43 PM

Pasukan kesihatan di United Kingdom juga menjalankan latihan sebagai persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan penyebaran wabak Ebola.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit virus Ebola.


Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berktaa, pihaknya mengenal pasti 21 hospital di seluruh negara untuk menerima rujukan kes Orang Bawah Pemantauan (PUI) Ebola bagi tujuan pengurusan awal dan pengesahan jangkitan.

"Bagi kes yang disahkan positif jangkitan Ebola melalui ujian makmal, akan dirawat di tiga buah hospital khas yang dikenal pasti iaitu Hospital Sungai Buloh bagi semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth Sabah, dan Hospital Umum Kuching Sarawak," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Definisi kes PUI Ebola melibatkan kriteria dari aspek klinikal dan epidemiologikal.

Dari aspek klinikal, ia meliputi pengesanan gejala demam dengan gejala tambahan seperti sakit kepala, sakit otot, muntah, cirit birit, sakit perut atau pendarahan manakala epidemiologikal pula meliputi sejarah risiko pendedahan sepanjang tempoh 21 hari sebelum individu terbabit mula sakit.

Beliau berkata sebanyak 20 makmal di hospital dari seluruh negara telah dikenal pasti untuk menjalankan ujian rutin bagi pengurusan kes PUI Ebola.

"Manakala sebanyak tiga makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan Ebola iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,"katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM turut mengadakan latihan simulasi di pelbagai peringkat KKM dan setakat ini empat sesi latihan simulasi telah diadakan selain mempertingkat kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan dalam usaha mencegah penularan penyakit Ebola ke dalam negara.

"Pada 8 Oktober lalu, kita adakan latihan simulasi Ebola yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peringkat Pejabat Rantau Pasifik Barat," katanya. 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan