Liow Ulangi Pendirian Pertahan Pendidikan Di Sekolah Cina - Berita Semasa | mStar

Liow Ulangi Pendirian Pertahan Pendidikan Di Sekolah Cina

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 8:45 AM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijangka menegaskan semula pendirian parti dalam menegakkan pendidikan kaum Cina terutamanya di sekolah rendah jenis Cina ketika menyampaikan ucapan presiden pada Perhimpunan Agung MCA ke-61 di sini, Ahad.

Beliau juga dijangka menekankan kepentingan kesederhanaan dalam masyarakat berbilang kaum dan merujuk kepada pendirian konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu itu.

Penegasan itu ditetapkan apabila Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong yang berucap pada perasmian Perhimpinan Agung Pemuda pada Sabtu yang mengecam individu yang mendakwa pendidikan Cina adalah penghalang kepada perpaduan kaum dan menggesa pemansuhan sekolah rendah jenis Cina.

Menyifatkan kritikan itu sebagai 'halangan sebenar kepada pembangunan negara' beliau berkata, kerajaan mengiktiraf sekolah-sekolah tersebut sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara dengan memperuntukkan dana kepada mereka di bawah Bajet 2015.

Pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie dalam perhimpunan agung sayap parti itu pada Sabtu berkata, desakan untuk menutup sekolah jenis Cina di negara ini adalah kata-kata berunsur hasutan kerana Perlembagaan Persekutuan menggalakkan pendidikan bahasa ibunda untuk pelbagai kaum.

Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon juga menegaskan bahawa tiada siapa yang harus mencabar hak orang Cina dan India untuk mempelajari bahasa ibunda melalui sekolah vernakular.

Katanya, seramai 12 peratus murid-murid di sekolah rendah Cina terdiri daripada kaum lain.

Liow juga dijangka mengumumkan projek khas yang akan meletakkan Universiti Tunku Abdul Rahman, kebanggaan MCA, ke tahap tertinggi.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MCA , sekolah vernakular
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan