900 Lagi Pakar Psikiatris Diperlukan - Subramaniam

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 3:27 PM

Subramaniam melancarkan logo 'ASEAN Mental Health Campaign 2014' bersama pemenang pencipta logo, Ryan Fauzi dari Indonesia di Taman Wetland di sini, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 900 lagi pakar psikiatris diperlukan di Malaysia bagi menyeimbangkan nisbah standard antarabangsa antara pakar dengan pesakit iaitu 1:50,000.


Menyatakan demikian, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, jumlah pakar psikiatris yang ada sekarang adalah 300 pada nisbah 1:150,000 pesakit.

"Sasaran baru itu harus diperolehi secepat mungkin.

"Antara cara untuk mendapatkan tambahan pakar psikiatris adalah melalui graduan Institut Pengajian Tinggi serta program-program lain supaya lebih ramai berminat dalam bidang ini (psikiatris)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan 'Asean Mental Health Campaign 2014' di sini, Ahad.

Mengulas lanjut beliau berkata, mengikut kajian kementeriannya sejak tahun 2011 terdapat kira-kira 340,000 atau 1.8 peratus rakyat Malaysia dewasa mengalami kesihatan mental yang tidak mendapatkan rawatan.

Jumlah mereka yang mendapatkan rawatan amat sedikit dan perkara tersebut amat membimbangkan, katanya.

Dr Subramaniam berkata, namun apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan masalah itu di kalangan kanak-kanak berumur antara 5 hingga 15 tahun iaitu 13 peratus pada tahun 1996, 19.3 peratus (2006) dan 20 peratus (2011).

"Boleh dikatakan satu dari setiap lima kanak-kanak mempunyai masalah mental dan perkara ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tempoh tersebut adalah fasa mereka mendapat pengetahuan, nilai kehidupan dan personaliti," katanya.

Justeru itu, katanya, kementeriannya menyarankan supaya kesihatan mental diserap dalam satu daripada spesifikasi kesihatan keseluruhan.

Beliau berkata, pakar psikiatris yang ramai boleh ditempatkan di klinik-klinik desa atau biasa supaya mereka yang mengalami kesihatan mental boleh datang meminta nasihat atau ubatan yang sesuai.

"Kalau 30 atau 40 tahun dahulu, orang yang mengalami masalah mental akan diasingkan dari masyarakat, tetapi sekarang kita hendak mereka bercampur dengan masyarakat sekaligus mandapatkan rawatan di klinik-klinik," katanya. 


Tags / Kata Kunci: psikiatris , Menteri Kesihatan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan