Pencemaran Sungai Selangor Akibat Pembuangan Sisa Industri - Azmin

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 8:02 PM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan beberapa loji rawatan air (LRA) dihentikan operasinya adalah berpunca daripada pembuangan sisa industri ke dalam sungai.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor sedang menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar bagaimana insiden itu berlaku. 

"Insiden pencemaran sungai akibat tumpahan hidrokarbon telah menjejaskan bekalan air bersih hingga menyebabkan gangguan sementara kepada hampir 60 peratus pengguna di Selangor iaitu melibatkan hampir 800,000 akaun pengguna.
Kerajaan negeri kesal dengan kejadian pencemaran yang berulang lagi selepas kejadian pencemaran diesel di Sungai Gong pada Ogos tahun lepas di mana kerajaan negeri telah ambil tindakan tegas termasuk merampas tanah dan mengambil tindakan mahkamah," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar mengenai insiden itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini petang Ahad, beliau berkata keadaan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh tiga hari.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri telah meminta Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) meningkatkan pengeluaran dan pengagihan air dengan serta-merta termasuk menempatkan tangki statik di beberapa kawasan terjejas dan mengemas kini laman sesawang syarikat selain meningkatkan keupayaan pusat perkhidmatan pengguna, Puspel.

"Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membantu mendapatkan lori tangki tambahan dari negeri-negeri berhampiran dan Angkatan Tentera Malaysia.

"Pada masa sama, operator loji SSP1 (Sungai Selangor Fasa 1) iaitu Splash (Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd) diminta meningkatkan pengeluaran daripada 950 juta liter kepada 1,045 juta liter sehari serta-merta sebagai langkah mitigasi," katanya.

Beliau berkata keutamaan bantuan bekalan air kecemasan diberi kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti kematian atau kenduri.

Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Mohamed Azmin berkata ia disedari operator LRA SSP 1,2 dan 3 serta Rantau Panjang pada pukul 8 malam tadi menyebabkan pihak loji menghentikan pengepaman air mentah untuk mengelak bahan pencemaran memasuki sistem rawatan seterusnya menjejaskan sistem agihan air.

Beliau berkata kesemua operator rawatan air yang terlibat telah mula mengepam air mentah pada 5 pagi ini.

"Pihak SYABAS telah memaklumkan proses pemulihan di kebanyakan kawasan terbabit akan mula pulih bermula 8 pagi esok. Namun, sebahagian lokasi terutama kawasan tinggi dan di hujung sistem agihan seperti Pulau Indah, Pelabuhan Klang dan Banting akan pulih secara berperingkat," katanya.

Ditanya kemungkinan insiden yang berlaku mempunyai unsur sabotaj, Mohamed Azmin berkata pihaknya enggan membuat sebarang spekulasi tetapi menegaskan pihak bertanggungjawab tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk dirampas tanah. 

Beliau turut menegaskan insiden pencemaran ini tidak akan melibatkan tindakan catuan air di negeri itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan