Cuaca Buruk Landa K.Lumpur

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 11:39 PM

Hujan lebat dan angin kencang petang Ahad turut mengakibatkan kejadian pokok tumbang di Jalan Bellfield, Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kencang bermula kira-kira 5 petang Ahad mengakibatkan kejadian pokok tumbang, dahan pokok jatuh serta insiden papan tanda dan dinding rumah tercabut di sekitar ibu negara.

Menurut jurucakap Bilik Kawalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antara kawasan terjejas akibat pokok tumbang ialah Jalan Stadium berhampiran Stadium Negara, Bulatan Kereta Api Tanah Melayu berhampiran Hotel Majestic, Jalan Maharajalela susur ke Jalan Hang Tuah serta laluan masuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Kejadian dahan pokok jatuh pula dilaporkan berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun S.H. Lee dan Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Indonesia, katanya ketika dihubungi Bernama malam Ahad.

"Selain itu, kami turut menerima masing-masing satu laporan berhubung papan tanda terjatuh dekat Stesen LRT di Jalan Tun Perak dan dinding papan di Flat Loke Yew tercabut," katanya.

Sementara itu, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur melaporkan kejadian pokok tumbang di Jalan Tun Sambathan di Brickfields, Jalan Changkat Stadium, Jalan Kuching menghala ke Bulatan Datuk Onn dan laluan ke Bangunan RHB Bank di Jalan Tun Razak.

Beliau berkata setakat 8 malam, kesemua pokok tumbang itu telah dialihkan dan ini membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Dalam pada itu, jurucakap Bilik Kawalan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur melaporkan sebuah kenderaan dihempap sebatang pokok berhampiran Flat Loke Yew.

Bagaimanapun, ia tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, katanya.

Di Klang, hujan lebat dan angin kuat pada sebelah petang meruntuhkan khemah untuk sambutan Deepavali yang didirikan beberapa peniaga di kawasan Little India
menyebabkan kerosakan barangan termasuk barang perhiasan untuk sambutan.

Setiausaha Persatuan Peniaga Tekstil dan Barangan Am India Malaysia, Maheswary Ramasamy berkata khemah itu tidak dapat menahan cuaca buruk yang berlaku kira-kira 7.30 malam.

Beliau berkata persatuan itu akan mendapat maklum balas peniaga terbabit untuk tindakan lanjut.

Tags / Kata Kunci: cuaca buruk , pokok tumbang

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan