"Saya Dah Jangka"

Diterbitkan: Ahad, 12 Oktober 2014 4:06 PM

Hasnul Baharuddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasnul Baharuddin tidak terkejut dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat menggantung keahilannya bersama Saari Sungib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS kawasan Morib itu berkata, perkara itu bagaikan sudah dijangka dari awal lagi.

"Saya dah jangka (keputusan itu)," katanya ketika dihubungi sebaik pengumuman mengenainya dibuat selepas mesyuarat itu, Ahad.

Bagaimanapun, Hasnul berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengemukakan rayuan atau tidak kerana masih menunggu surat rasmi mengenai penggantungan keahliannya.

Dalam pada itu, Saari yang juga Adun Hulu Kelang pula berkata, beliau mendapat tahu mengenai perkara itu melalui pemberita yang ingin meminta maklum balasnya mengenai tindakan tersebut.

"Saya tau (penggantungan ini) sebab wartawan yang hubungi saya. Saya masih menunggu surat rasmi, lepas tu baru saya putuskan mengenai rayuan," katanya.

Kedua-duanya digantung selama setahun berkuatkuasa Ahad kerana membelakangkan keputusan parti berhubung kemelut calon Menteri Besar Selangor.

Mesyuarat kepemimpinan tertinggi PAS itu dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Berikutan keputusan itu, kedua-dua Adun itu boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat penggantungan itu dikeluarkan.

Rayuan bertulis boleh dikemukakan berdasarkan pasal 83 (4) (5)  Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Pada 29 September lalu, Saari dan Hasnul dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menandatangani surat akuan bersumpah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal untuk jawatan Menteri Besar  Selangor.

Tindakan kedua-dua Adun itu dianggap bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada 7 Ogos lalu yang memutuskan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak boleh digugurkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkannya disingkirkan.

Tags / Kata Kunci: Hasnul Baharuddin , PAS , gantung keahlian

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan