Wanita MCA Lulus 7 Usul

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 7:11 PM

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie (lima, kanan) bersama Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita MCA pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-39 Wanita MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA ke-39 pada Sabtu meluluskan tujuh usul mengenai isu-isu yang menyentuh soal wanita dan undang-undang, ekonomi, pendidikan, sosial dan keselamatan.

Usul itu diluluskan oleh 1,352 perwakilan selepas dibahaskan oleh 11 anggota di mesyuarat yang berlangsung di Wisma MCA di sini. 

Satu daripada usul itu menggesa kerajaan menghukum pihak yang terlibat dalam kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini dan mahukan kerajaan menambah baik sistem peperiksaan kerajaan.  

Mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun depan, Wanita MCA menggesa supaya langkah memantau harga barang diperkukuh bagi menjamin skim cukai itu tidak membeban pengguna.  

Perwakilan juga menggesa diambil tindakan tegas terhadap jabatan, unit atau individu yang menyalahgunakan dana awam dan perwakilan menekankan perlunya tindakan mencegah rasuah di kalangan petugas awam. 

Satu lagi usul menyokong pindaan Akta Wanita Berkahwin bagi menentukan ibu bapa mempunyai hak sama dalam menandatangani borang persetujuan berhubung perkahwinan anak-anak di bawah usia 21 tahun.   

Menyentuh hal ehwal parti, sayap wanita itu menggesa semua ahli menyokong penuh pelaksanaan program transformasi dan penjenamaan semula parti bagi melindungi hak masyarakat Cina bila mereka meminta jawatankuasa pusat MCA melaksana pemilihan langsung bagi jawatan parti.   

Selain itu, sayap itu juga menggesa kerajaan memberi perhatian serius terhadap keganasan sosial dan masalah keselamatan serta mempercepat pengendalian kes-kes jenayah.  

Wanita MCA juga menyatakan mereka mengintai peluang lebih besar bagi penyertaan wanita dalam bidang politik dan ekonomi.

Tags / Kata Kunci: Wanita MCA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan