Najib Garis Tiga Faktor Untuk BN Hadapi PRU-14

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 8:03 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan surat tawaran mengerjakan haji kepada guru sekolah pondok, Ismail Awang Mat dan Daud Ismail (dua, kiri) pada majlis sepetang bersama Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke Kelantan di Tumpat, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiga faktor iaitu calon yang tepat, jentera yang kuat dan Barisan Nasional (BN) yang padu perlu wujud bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-14. 

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata gabungan tiga faktor itu terbukti memberi kemenangan besar kepada BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor pada 25 September lalu.

"Calon yang tepat...(perlu) pilih calon yang kena dengan selera pengundi," katanya mengenai faktor pertama ketika berucap pada 'Majlis Pemimpin bersama Rakyat: Sepetang Bersama Perdana Menteri' di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Geting, Pengkalan Kubor, di sini Sabtu.

Mengambil contoh pemilihan Mat Razi Mat Ail sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Najib berkata ia memenuhi selera pengundi setempat kerana Mat Razi antara lain mempunyai keperibadian disenangi ramai selain berpengetahuan agama serta mempunyai pondok tempat beliau mengajar ilmu agama.

Najib berkata, jentera pilihan raya yang kuat akan menyumbang kepada kejayaan BN atas dasar semua pihak bekerja dalam satu pasukan.

Najib seterusnya menjelaskan bahawa perpaduan dalam Umno dan dalam kalangan parti komponen BN yang kukuh tanpa perasaan iri hati menjadi teras kepada semangat untuk bersama-sama memastikan kemenangan BN.

Perdana menteri menegaskan formula kemenangan BN di Pengkalan Kubor itu akan dijadikan titik permulaan pembaharuan bagi BN Kelantan untuk menghadapi PRU-14.

Beliau juga menggesa BN Kelantan bekerja lebih kuat dalam usaha meningkatkan sokongan rakyat kepada BN.

Di kesempatan itu, beliau berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Jentera BN pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta seluruh jentera BN yang bekerja keras dalam memastikan BN kekal bertapak di DUN berkenaan.

Pada PRK Pengkalan Kubor bulan lepas, Mat Razi memperoleh majoriti 2,635 undi untuk menewaskan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail. 

Turut hadir Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Mat Razi.

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Barisan Nasional , PRU-14

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan