Isu Polarisasi Kaum Boleh Diselesai Ikut 'Jalan Tengah'- Khairy

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 3:02 PM

Khairy Jamaluddin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isu polarisasi kaum yang dihadapi negara boleh diselesaikan jika rakyat memilih untuk mengambil 'jalan tengah', kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau menambah 'garisan selari' perlu dilenturkan bagi membolehkan integrasi dan perpaduan antara kaum yang lebih baik.

"Seorang menonton Astro Ria manakala seorang yang lain menonton Astro Wah Lai Toi. Ini mungkin satu contoh yang melampau dan bukan semua orang seperti itu, tetapi terdapat banyak 'garis selari' seperti itu.

"Saya tidak meminta untuk sekolah vernakular ditukar tetapi terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian bagi melenturkan garisan sedemikian supaya kita dapat melihat integrasi lebih baik di kalangan rakyat kita," kata Khairy dalam ucapan perhimpunan agung tahunan Pemuda MCA ke-50  di sini, Sabtu.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional, berkata adalah mudah untuk mempertahankan masyarakat sendiri tetapi perkara yang betul dan yang lebih mencabar untuk dilakukan adalah mempertahankan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum.

"Tindakan perlu diambil terhadap mereka yang menghina kaum-kaum lain, tidak kira etnik atau agama.

"Kita mesti berlaku adil dalam mengambil tindakan. Jika ada yang ingin membakar Bible, orang itu perlu didakwa di bawah Akta Hasutan," katanya.

Khairy mengakui kepentingan bahasa Mandarin sebagai bahasa antarabangsa tetapi menegaskan bahawa Bahasa Malaysia juga perlu digalakkan kerana masih ramai yang tidak boleh bercakap dengan lancar.
Tags / Kata Kunci: Kahiry Jamaluddin , polarisasi kaum

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan