Pemuda MCA Lulus 12 Resolusi Dalam Mesyuarat Agung Tahunan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 6:33 PM

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin (dua, kanan) merangkap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia bersalaman dengan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon (dua, kiri) ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda MCA Ke-50 di Kuala Lumpur, Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA meluluskan 12 resolusi termasuk menyokong penuh penggubalan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk memastikan kestabilan masyarakat dan negara tidak diancam golongan ekstremis. 

Resolusi itu yang merangkumi bidang hal ehwal parti, politik, hal ehwal kerajaan, ekonomi, pendidikan dan sosial diluluskan sebulat suara oleh perwakilan yang menghadiri AGM kali ke-50 itu di Wisma MCA sini, Sabtu.

Dalam resolusi hal ehwal kerajaan, Pemuda MCA antara lain menyokong supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diberi kuasa lebih luas dalam usaha membanteras masalah rasuah secara berkesan. 

Pergerakan itu juga menyarankan kerajaan melaksanakan Petunjuk Prestasi Utama dalam setiap bidang bagi memastikan semua kaum mempunyai peluang yang adil untuk menonjolkan kebolehan masing-masing. 

Resolusi ekonomi pula meminta kerajaan membina lebih banyak projek di bawah Projek Perumahan 1Malaysia dan rumah mampu milik supaya golongan muda mampu memiliki rumah sendiri.

Pergerakan itu melihat bahawa pendekatan sedemikian adalah perlu dalam usaha kerajaan menjalankan pelbagai langkah bagi membendung masalah spekulasi hartanah di negara ini.

Di bawah resolusi sosial, perwakilan mahu kerajaan memandang serius masalah keselamatan yang kian meruncing dengan menambah bilangan anggota polis dan mengukuhkan langkah pencegahan, selain meningkatkan kekerapan rondaan.

Tags / Kata Kunci: Pemuda MCA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan