MH370: CEO Emirates Gesa Nilai Semula Bahan Bukti Secara Telus

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 1:04 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Airlines Tim Clark menggesa penyiasat menilai semula semua bukti dan mengkaji semula punca-punca yang membawa kepada kejadian kehilangan penerbangan MN370 sejak tujuh bulan lalu. 

Dalam temu bual dengan majalah Jerman Der Spiegel, Clark berkata MH370 terus menjadi satu misteri penerbangan terbesar dan menyatakan kebimbangannya ia akan terus diperlakukan sedemikian.

"Kita mempunyai kewajipan kepada penumpang dan anak kapal MH370 serta keluarga mereka. Kita mempunyai kewajipan untuk tidak menyembunyikan apa yang berlaku, tetapi perlu menanganinya dan melakukan yang lebih baik daripada apa yang telah dilakukan," katanya.

Clark berkata semua fakta dan angka terkumpul setakat ini perlu dicabar dan diperiksa dengan telus.

"Terdapat banyak maklumat di luar sana, yang kita perlu lebih berterus terang dan telus. Setiap saat penerbangan itu perlu diperiksa sehingga ia, secara teori, berakhir di Lautan Hindi, yang mana mereka masih belum menemui satu pun kesan, walaupun kusyen tempat duduk.

"Pengalaman kami memberitahu bahawa dalam insiden air, di mana pesawat itu telah menjunam, ia akan sentiasa ada sesuatu," katanya.

Ketua syarikat penerbangan yang telah bersama Emirates sejak 1985 juga berpendapat bahawa MAS kini menghadapi tempoh yang sukar dan yang tiada syarikat penerbangan lain yang menghadapinya, setelah terpaksa berhadapan dengan tragedi penerbangan MH17 (yang ditembak jatuh di Ukraine) tidak lama selepas MH370.

"Ia akan menjadi sangat sukar bagi Malaysia Airlines untuk menangani stigma. Mereka perlu membuka mata melihat kembali apa yang mereka lakukan, mungkin mempertimbangkan penjenamaan semula," kata beliau sambil menambah keperluan industri penerbangan untuk mencari jalan bagi menyokong MAS.

Tags / Kata Kunci: Tim Clark , Emirates , MH370 , Der Spiegel

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan