Kumpulan Pertama Jemaah Haji Malaysia Tiba Di KLIA

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 12:04 AM

Seramai 444 orang kumpulan jemaah haji pertama Tabung Haji tiba dengan menaiki penerbangan Saudi Arabia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang, malam Jumaat. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kumpulan pertama 444 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam Jumaat.

Ketibaan 205 jemaah lelaki dan 239 jemaah wanita pada pukul 9.15 malam disambut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. 

Menurut Abdul Azeez, kepulangan kumpulan pertama jemaah haji yang berlepas pukul 7.40 pagi waktu Arab Saudi dari Jeddah, berjalan lancar menerusi penerbangan Saudi Arabian Airlines.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua petugas haji serta agensi terlibat pada musim ini kerana menjalankan tugas dengan jayanya," katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama jemaah haji berkenaan di sini.

Menurutnya 12 jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapi mereka seperti penyakit jantung dan kanser, dan bukan disebabkan penyakit berjangkit seperti MERS-CoV dan Ebola.

Katanya, penerbangan terakhir jemaah haji Malaysia dijadual berlepas dari Jeddah pada 6 Nov dan tiba di KLIA keesokannya kira-kira 6.30 pagi.

Sementara itu, seorang daripada jemaah haji Imam Basori Mukadji, 45, berkata meskipun cacat penglihatan, beliau bersyukur kerana dapat menjalankan ibadah dengan lancar melalui bantuan rakannya Fakhrul Razi Hamsin.

"Menunaikan haji dalam keadaan seperti ini membuatkan saya rasa lebih tawaduk," kata penjual minyak wangi itu yang buta sejak berusia 34 tahun akibat kemalangan jalan raya.

Tags / Kata Kunci: jemaah haji

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan