Bajet 2015: Tanda PM Faham Keperluan Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 11:29 AM

Nelayan turut mendapat perhatian kerajaan menerusi Bajet 2015 yang dibentangkan pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu menangani peningkatan kos sara hidup yang menjadi fokus utama Bajet 2015 adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam menangani keperluan 28.7 peratus penduduk berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

 

Ini bererti  lebih dua juta daripada tujuh juta isi rumah akan mendapat pelbagai kemudahan yang tentunya melalui agihan dana kerajaan seperti diumumkan menerusi bajet bertemakan Ekonomi Keperluan Rakyat secara lebih adil dan berdaya saing dengan persekitaran ekonomi semasa.

Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, penjimatan RM3 bilion menerusi langkah rasionalisasi subsidi minyak tentu akan dipulangkan kepada golongan sasaran supaya lebih terbela dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Irmohizam Ibrahim

Katanya, samada disalurkan secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bantuan wang persekolahan atau pelbagai bantuan lain, namun secara relatifnya rasionalisasi ini pasti dipulangkan kepada golongan berpendapatan kurang RM3,000.

“Ketika ini pembangkang memainkan isu bebanan berikutan kenaikan harga minyak dipasaran, namun mereka tidak melihat subsidi ini sebenarnya lebih banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Justeru, adalah wajar rakyat menghargai langkah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan dalam memastikan pengumuman Bajet 2015 bersifat rakyat didahulukan.

Mengenai pelaburan jangka panjang, Irmohizam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berkata, pelaburan kerajaan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sebelum ini dikritik telah dijelaskan sebagai pelaburan strategik bagi memastikan negara terus berdaya saing dalam penyediaan prasarana pelaburan masa depan dengan sasaran berimpak tinggi.

“Kerajaan akan memastikan kaedah pengurusan ekonomi jangka pendek dan panjang dikekalkan bagi memastikan kita berada dilandasan yang tepat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020,” katanya.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Umno ini, pendekatan Bajet 2015 adalah bersifat jangka panjang dan strategik terhadap penyediaan prasarana pelaburan bagi menarik dana asing memasuki pasaran tempatan sesuai dengan fokus ekonomi.

Sebagai tanda golongan berpendapatan rendah turut mendapat tempat istimewa  dalam bajet kali ini, katanya, kerajaan  memberi keutamaan kepada semua sektor masyarakat samada di bandar, desa dan luar bandar.

"Perdana Menteri prihatin terhadap kebajikan dan pembangunan ekonomi nelayan yang sentiasa menghadapi pelbagai cabaran hidup.

"Di samping menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A kepada RM300 daripada RM200 sebulan, buat julung kalinya nelayan darat juga diberi elaun RM200 sebulan yang melibatkan lebih 44,000 nelayan, selain Projek Khas Perumahan Nelayan iaitu membaik pulih dan membina rumah nelayan," katanya.

Di samping itu, beliau menambah, golongan berpendapatan rendah turut mendapat tempat istemewa dalam bajet kali ini berikutan penambahan  Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejajar dengan keperluan hampir 180,000  warga kota yang berada dalam senarai menanti.

“Ketika ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hanya mampu menyediakan sekitar 3,000 unit rumah kos PPR setahun," katanya.

Bajet kali ini juga memperlihatkan kesungguhan kepimpinan negara memperjuangkan kehidupan generasi muda yang di himpit dengan kos taraf hidup yang semakin meningkat.

Pengumuman mengenai Pelan Transformasi Belia Negara dan Skim Perumahan Belia antara langkah proaktif kerajaan dalam memastikan golongan muda di Malaysia sentiasa mendapat pembelaan di mata kerajaan.

"Dengan wujudnya langkah afirmatif untuk membantu generasi muda, perbandingan boleh dilakukan dengan apa yang dinyatakan oleh bajet yang dirangka pembangkang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Irmohizam Ibrahim , Bajet 2015 , LKIM

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan