Bacaan IPU Tidak Sihat Di P.Pinang

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Beberapa lokasi di Pulau Pinang terus mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, Sabtu. 

Menurut bacaan IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pulau Pinang adalah satu-satunya negeri yang mencatatkan tahap tidak sihat.

Sehingga pukul 11 pagi, Seberang Jaya 2 dan stesen-stesen USM masing-masing mencatatkan bacaan 107 dan 106. Stesen Prai mencatatkan bacaan sederhana 92 pada jam 11 pagi.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

IPU dikira berdasarkan lima bahan pencemar udara utama, iaitu Sulfur Dioksida (SO2), Nitrogen Dioksida (NO2), Ozon Aras Bawah (O3), Karbon Monoksida (CO) dan zarah dengan diameter bawah 10 mikrometer (PM10).

Kepekatan kelima-lima pencemar diukur di 52 stesen kualiti udara automatik di seluruh Malaysia, terutamanya yang terletak di kawasan industri dan bandar.
Tags / Kata Kunci: IPU , jerebu

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan