PDRM, Imigresen Diarah Halang Pengikut Abu Bakar Bashir Masuk Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 11:34 PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melancarkan buku 'A Policeman' hasil karya Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kiri) yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri di Kuching, malam Sabtu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk menghalang pengikut pemimpin Jemaah Anshorut Tauhid (JAT) Abu Bakar Bashir dari masuk ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, ini berikutan seramai 350 pengikut pemimpin berkenaan yang kini menjalani hukuman di penjara-penjara Indonesia dijangka akan dibebaskan tahun depan.

"Saya telah minta PDRM dan Jabatan Imigresen untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia seperti penjara, polis dan imigresen kerana kita tidak akan izinkan bekas-bekas banduan daripada pengikut Abu Bakar Bashir ini masuk ke Malaysia ataupun menggunakan Malaysia sebagai tapak untuk mereka memperluaskan 'sikap militan'," katanya.

Ini kerana Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap militan yang cenderung menggunakan keganasan sebaliknya Islam mengajar kesederhanaan, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (SEKAM) 2014, di sini Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Pada majlis yang sama beliau melancarkan buku bertajuk 'A Policeman' hasil karya Wan Junaidi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai polis.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pada Jumaat beliau telah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menghalang Ketua Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL), Dr. Ulil Abshar Abdalla dari masuk ke negara ini.

"Pihak polis telah mendapat beberapa laporan menyatakan jika beliau memberikan ceramah atau menghadiri program anjuran beberapa badan bukan kerajaan tindakan itu boleh merosakkan bukan sahaja akidah orang Islam tetapi juga akan menyeleweng pegangan kita sebagai Ahli Sunah Wal Jamaah," katanya.

Ahmad Zahid berkata, larangan itu akan berkuatkuasa sehingga Ulil didapati tidak membahayakan.

Ulil dijadualkan datang ke negara ini untuk menghadiri satu diskusi yang akan dianjurkan di Bukit Damansara pada 18 Oktober ini.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan