Keluarga Pilu Terima Ijazah Penuntut Maut Kemalangan

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 5:49 PM

Ali (tengah) menyampaikan anugerah Naib Canselor bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah Dengan Kepujian kepada mendiang Yin Jie yang diterima oleh ibu bapanya, Oh Sai Hong dan Lim Hai Kin sambil diperhatikan oleh Naib Canselor UTHM Profesor Datuk Dr Noh Dalimin (kanan) dan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM Tan Sri Dr Ir Jamilus Md Hussin (dua, kanan) pada majlis Konvokesyen ke-14 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Dewan Sultan Ibrahim, Parit Raja Batu Pahat di sini, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Suasana pilu menyelubungi keluarga Lim Yin Jie, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang maut dalam kemalangan, Mei lepas, apabila ibu bapanya hadir menerima ijazahnya pada majlis konvokesyen universiti itu, Sabtu.


Yin Jie, 24, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah menerima Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah (Kepujian) dan penyerahan itu disampaikan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pro-Canselor UTHM, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Penyerahan berlangsung di bilik kenamaan Dewan Sultan Ibrahim, selepas sidang pertama konvokesyen ke-14 itu berakhir.

Bapanya, Lim Hai Kim, 62, seorang pesara guru berkata, walaupun berasa sedih, namun mereka sekeluarga amat berbangga dengan pencapaian anak gadisnya itu yang menamatkan pengajian cemerlang sehingga memperoleh nilai purata gred kumulatif (GPA) 3.8 mata.

"Terima kasih kepada pihak UTHM kerana mengaturkan majlis ini walaupun sepatutnya Yin Jie ada bersama-sama saat ini kerana dia sangat beria mahu kami bersama-sama meraikan hari graduasinya," katanya kepada pemberita sambil ditemani isteri Oh Sai Hong, 59, dan dua anak lain.

Menceritakan kemalangan pada 7 Mei itu, Hai Kim berkata, Yin Jie yang ketika itu sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat hartanah di Sungai Petani maut serta merta di tempat kejadian apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori.

Beliau berkata, Yin Jie memulakan latihan amali pada Februari lepas dan sepatutnya tamat pada Jun lepas selain turut merancang untuk mengikat pertunangan selepas tamat pengajian.

Menyifatkan Yin Jie sebagai anak yang rajin dan berdedikasi, Hai Kim berkata gadis berkenaan sentiasa menunjukkan minat bersungguh dan tidak pernah berputus asa sepanjang pengajiannya.

"Pilihan pertamanya adalah untuk mengambil jurusan logistik, namun, dia tetap berusaha dengan gigih apabila ditawarkan jurusan pengurusan hartanah di UTHM.

"Dia ada memberitahu saya bahawa majikan tempat dia menjalani latihan amali itu juga ada menawarkannya bekerja apabila selesai pengajian," katanya.

Sementara itu, keazaman yang kuat walaupun kematian bapa tersayang pada 2010 tidak menghalang Wong Chee Fei, 24, untuk memperolehi kejayaan cemerlang dan menerima Anugerah Pelajaran Diraja, 'Pingat Jaya Cemerlang'.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) yang berasal dari Ipoh, Perak itu berkata pesanan bapa supaya belajar dengan tekun merupakan resepi kejayaannya dalam memperoleh keputusan GPA 3.91.

"Saya juga sentiasa mendapatkan bimbingan daripada pensyarah dan mengamalkan sikap bertukar-tukar maklumat dengan rakan sekelas," katanya yang sudah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya, Selangor. 


Tags / Kata Kunci: UTHM , Tan Sri Dr Ali Hamsa , Lim Yin Jie

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan