Bajet 2015: Bajet Mesra OKU

Diterbitkan: Sabtu, 11 Oktober 2014 2:30 AM

Dr Mohd Nawi Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Golongan Kurang Upaya (OKU) di negara ini menyifatkan Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat sebagai 'Bajet Mesra OKU'. 

Presiden Majlis Intelektual Melayu (MIM) Orang Kurang Upaya Malaysia, Dr Mohd Nawi Ismail berkata kerajaan dilihat semakin prihatin terhadap nasib golongan OKU di negara ini.

"Bajet kali ini lebih prihatin kepada golongan OKU. Nampak kerajaan tidak meminggirkan OKU dengan menaikkan elaun OKU daripada RM300 kepada RM350.

"Disamping memberikan cuti selama setahun kepada ibu yang mempunyai anak OKU. Ini satu bajet yang prihatin terutamanya kepada OKU dan keluarga OKU,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Sementara itu, Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Melayu Malaysia (PERMATA) Suhairi Abdullah berharap agar kuota pekerja OKU di sektor awam dan swasta dapat ditambah.

"Ramai OKU pada hari ini hanya cacat anggota dan mereka ini terdiri daripada golongan bijak pandai. Justeru kita berharap kuota pekerja OKU di sektor awam dan swasta harus ditambah mengikut peredaran semasa.

"Mereka ini mempunyai kepakaran yang sama dengan individu normal malah ada juga yang mempunyai kepakaran hingga mempunyai taraf pendidikan hingga ke doctor falsafah,” katanya.

Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan memberikan cuti tahunan selama setahun kepada ibu penjawat awam yang mempunyai anak kurang upaya. 

"Ini satu bonus kepada keluarga OKU, kerajaan semakin prihatin kepada masalah OKU kerana mereka ini sebahagian daripada masyarkat. Cuti yang diberikan ini sangat bermakna kepada keluarga OKU," katanya. 

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan di Parlimen pada Jumaat, kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikan daripada RM300 kepada RM350 manakala OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.

Kerajaan turut mengumumkan pelepasan cukai bagi setiap anak OKU dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 serta peningkatan geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU, daripada RM500,000  RM1 juta. 

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , OKU

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan