Sirim Pantau Pengendalian Jemaah Haji TH

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

MEKAH: Walaupun musim haji tahun ini telah berakhir dengan bermulanya kepulangan jemaah haji ke tanah air mulai Jumaat, bagi petugas Tabung Haji (TH), tugas mereka belum berakhir.


Petugas TH kini sedang sibuk melaksanakan penilaian prosedur operasi standard (SOP) tentang pengendalian jemaah yang dipantau anak syarikat Sirim iaitu Sirim QAS International bagi memastikan mereka memenuhi piawaian 'ISO: Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 Perkhidmatan Haji' (SPK ISO PH).

Juruaudit Sirim QAS International, Hanida Ghazali berkata, pihaknya memantau pengendalian jemaah haji TH sejak dari Kelana Jaya, Selangor sehingga ke Jeddah, Makkah, Madinah, Jeddah dan kembali ke Kelana Jaya bagi memastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Selain pemantauan, kami juga turut mendapat maklum balas secara rawak daripada jemaah haji, dari segi perkhidmatan yang diberikan oleh TH," katanya kepada media Malaysia di sini pada Khamis.

Hanida berkata, beliau dan seorang lagi rakan sejawatan berada di sini, untuk melihat 'sejauh mana TH boleh kendalikan situasi' untuk kebajikan jemaah haji sehingga 19 Oktober ini serta perancangan yang telah dibuat dan pelaksanaannya.

"Terutama sekali cabaran bagi TH mengendalikan jemaah semasa Masyair, iaitu semasa wukuf di Arafah, bermabit di Muzdalifah dan melontar di Mina kerana operasi Masyair dikendalikan oleh pihak luar iaitu Muassasah Asia Tenggara," katanya.

Hanida berkata, walaupun pihak luar mengendalikan operasi Masyair, peranan TH dalam mengawal keadaan juga memainkan peranan penting, terutama dari segi memastikan penginapan, kemudahan bilik air dan makanan yang disediakan oleh pihak muassasah mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Ini juga antara isu yang dibangkitkan oleh pihak jemaah," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan membentangkan laporan pemantauan mereka pada 19 Oktober ini bagi membolehkan TH melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan mereka mengendalikan jemaah haji.

Hanida berkata, pihaknya membuat penilaian TH di Malaysia dan Arab Saudi untuk ISO setiap tiga tahun sekali.

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, TH bukan hanya mengendalikan kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji tetapi memastikan mereka melakukana ibadah itu dengan betul dan mendapat haji mabrur.

"Selain mengadakan pelbagai kursus haji di Malaysia, jemaah haji yang tiba di sini turut diberi bimbingan oleh petugas bimbingan ibadah bagi memastikan mereka benar-benar memahami rukun haji itu.

"Malah selepas menjalankan ibadah haji, petugas TH akan menjalankan pemantauan terhadap jemaah bagi memastikan mereka melaksanakan ibadah dengan betul," katanya.

TH turut mengadakan program warga emas bagi memastikan golongan yang berumur 75 tahun yang uzur dan kurang kefahaman mengenai rukun haji dapat dibantu bukan sahaja dari segi ibadah dalam menjalankan rukun haji, tetapi juga keperluan harian mereka semasa Masyair.

"Kewajipan agama memainkan peranan penting dalam TH, bagi memastikan setiap jemaah haji yang datang mengerjakan haji pulang dengan haji mabrur," katanya.

TH juga mengadakan badal haji atau upah haji bagi mereka yang meninggal dunia sebelum wukuf dengan menanggung kos upah haji itu, sementara bagi mereka yang koma di hospital Arab Saudi, dan tidak terdaya untuk dibawa berwukuf, TH akan membawa mereka kembali pada musim haji yang lain setelah mereka sihat.


Tags / Kata Kunci: jemaah haji , Sirim , TH

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan