Perkembangan Semasa Pembentangan Bajet 2015

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 3:27 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Bajet 2015 sebagai 'pro-rakyat' kerana intipatinya meliputi langkah bagi mengurangkan beban kos hidup.

Bajet pada tahun ini bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".

Pembentangan yang akan dilakukan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan itu dinantikan kerana ia adalah bajet terakhir pada Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10). 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung Bajet 2015,  berikut adalah perkembangan semasa pembentangan dokumen penting yang berlangsung di Dewan Rakyat.

Bajet kali ini menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.

Bajet 2015 memperuntukkan RM273.9 bilion, peningkatan RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014. 

Antara intipati Bajet 2015 ialah: 

* Penjualan runcit minyak petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan GST.

* Kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST dinaikan daripada 200 unit kepada 300 unit pertama.

* Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga peratus, 300,000 pembayar cukai pendapatan, tidak lagi perlu membayar. * Golongan berkeluarga berpendapatan RM4,000 sebulan, tidak lagi mempunyai tanggungan cukai.

* Bagi tahun taksiran 2016, kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 kepada 24 peratus, manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata daripada 20 kepada 19 peratus.


* Bantuan RM100 seorang akan disalurkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah mulai januari 2015. Bantuan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM540 juta.

Bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian, Program Baucar Buku 1Malaysia diteruskan dengan bantuan RM250 setiap seorang.

*Skim perumahan belia secara kongsi pintar diantara kerajaan, BSN, KWSP dan Cagamas. Skim ini menawarkan pemilikan rumah pertama tidak lebih RM500 ribu kepada golongan belia berkahwin antara 25 hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM10 ribu.

Tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun. RM200 turut diberikan sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban bayaran pinjaman perumahan.

* RM2.7 bilion untuk pembinaan seribu menara pencawang telekomunikasi baharu dan pembinaan kabel dasar laut dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar berkelajuan tinggi

* Kerajaan mensasarkan 29.4 juta pelancong asing dengan jangkaan pendapatan RM89 bilion, sempena 'Malaysia - Year of Festivals 2015'. 

* RM316 juta diperuntukkan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

* TEKUN sediakan RM500 juta untuk pembiayaan keusahawanan iaitu RM350 juta (usahawan Bumiputera), RM50 juta (usahawan muda India), RM50 juta (usahawan wanita muda), RM50 juta (program pembangunan usahawan bekas tentera)

* Pinjaman mudah RM50 juta untuk PKS kaum Cina, manakala penjaja dan peniaga kecil (RM30 juta).


* Pemberian BR1M RM500 daripada RM500 kepada RM650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

* Bantuan kewangan RM450 pula diperluas kepada isi rumah berpendapatan sederhana antara RM3,001 dan RM4,000 sebulan.

* Bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas, yang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah sebulan, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM250 kepada RM300.

Selain itu, bantuan RM50 dalam bentuk caruman premium i-BR1M turut diberi kepada semua penerima BR1M kategori isi rumah, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kewangan RM700 kepada isi rumah berpendapatan rendah dan RM500 untuk isi rumah berpendapatan sederhana rendah.

 * Seramai 2.1 juta rakyat Malaysia ambil pinjaman PTPTN berjumlah RM47.8 bilio. Namun sehingga 31 Ogos 2014, RM5.36 bilion atau 46 % daripada RM11.76 bilion telah dikutip.

* Mulai tahun depan, bagi kemasukan ke IPTA tahap minimum BAND MUET ditingkatkan ikut bidang pengajian. 

Pengajian sastera dan sains sosial - BAND 2

Pengajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik - BAND 3

Pengajian undang-undang dan perubatan - BAND 4

* Kerajaan membelanjakan RM1.2 bilion bagi memastikan liputan bekalan air bersih mencapai tahap 100 peratus, terutama di kawasan bandar, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Peruntukan itu juga bertujuan menambah rizab bekalan air terawat di seluruh negara kepada 20 peratus. Sejumlah RM514.5 juta dibelanja untuk pelaksanaan pelbagai projek bekalan air di seluruh negara.


* Kerajaan akan terus menyediakan ekosistem yang kondusif dan komprehensif bagi melonjak pelaburan domestik dan asing.

* Projek infrstruktur 2015 ; membina Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59km dengan kos RM5.3 bilion; Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting (276km/RM5 bilion); Lebuh Raya Damansara-Shah Alam (47km/RM4.2 bilion); Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur-Hubungan Timur (36km/RM1.6 bilion); menaiktaraf landasan keretapi sektor Pantai Timur (RM150 juta), pembinaan MRT Jajaran Kedua dari Selayang ke Putrajaya (56km/RM23 bilion), Projek LRT3 hubungkan Bandar Utama-Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

* Projek Pengerang Integrated Petroleum Complex dengan nilai pelaburan RM69 bilion, dijangka wujudkan lebih 10,000 pekerjaan.

* Dana pinjaman sustainable mobility fund RM70 juta bagi membangunkan industri pembuatan kenderaan elektrik, sebagai permulaan 50 bas elektrik akan diperkenalkan.

* RM100 juta Dana Industri Kandungan Digital Industri bagi memajukan industri kreatif negara.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015.  

* Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST.  

* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion. 

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

*RM65.6 bilion untuk emolumen, RM38.1 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan RM29.3 bilion.

* Peruntukan untuk sektor sosial merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan kesejahteraan masyarakat (RM12.6 bilion).

* Peruntukan sektor keselamatan (RM4.9 bilion).

* Kutipan hasil kerajaan Persekutuan untuk 2015, diunjurkan RM235.2 bilion, meningkat RM10.2 bilion berbanding 2014.

* Pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada kadar 5 hingga 6 peratus, manakala defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 3 peratus.

* RM223.4 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM50.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Anggaran RM23.2 bilion hasil kutipan menerusi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 2015. 

*Barangan dengan anggaran nilai RM3.8 bilion dikecualikan GST. 

* Pemansuhan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) menjurus kepada kehilangan hasil kerajaan RM13.8 bilion.

* RM4.9 bilion disalurkan untuk keperluan rakyat melalui pakej-pakej bantuan, contohnya tambahan BRIM.

* Hasil kutipan bersih GST berbaki RM690 juta.

4.07 petang: Perdana Menteri ucap takziah di atas pemergian bonda Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein, Tun Suhailah Mohd. Noah

4 petang: Perdana Menteri mula pembentangan Bajet 2015 dengan tajuk Bajet 2015 Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR).

3.50 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Dewan Rakyat.

3 petang: Wakil media, kakitangan kerajaan mula memasuki bangunan Parlimen.




Tags / Kata Kunci: Bajet 2015

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan