MH17: Peluang Kembali Ke Lokasi Kemalangan 'Semakin Jauh' - Kabinet Belanda

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 2:22 PM

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Kabinet Belanda berkata bahawa peluang untuk kembali ke lokasi kemalangan MH17 adalah 'semakin jauh'.

"Ia seolah-olah mustahil untuk kembali ke lokasi kemalangan dalam jangka pendek, dalam keadaan yang berterusan tidak stabil dan tidak selamat," katanya dalam surat kepada Parlimen Belanda.

Usaha-usaha untuk mendapatkan semula barang-barang peribadi mangsa dan menyerahkannya kembali kepada saudara-mara juga masih diteruskan, kata surat itu, yang ditandatangani oleh menteri-menteri keadilan, pertahanan dan luar Belanda.

Beberapa laman dalam bahasa Rusia telah ditubuhkan di Facebook dan Vkontakte untuk menggesa orang ramai melaporkan penemuan barang-barang atau bahagian badan ekoran kemalangan itu, menurut surat itu.

Ia juga menggesa agar lokasi kemalangan dipastikan selamat bagi membantu mengenal pasti mayat.

"Tambahan pula, tujuannya juga adalah untuk mencari bangkai pesawat dari kawasan itu. Untuk melakukan ini, akses adalah penting dan kerjasama daripada pemisah yang mengawal kawasan itu diperlukan."
Tags / Kata Kunci: MH17 , lokasi nahas , Kabinet Belanda

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan