Tak Ada Sebab Haramkan Octoberfest - Yen Yen

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 10:31 AM

Dr Ng Yen Yen

(Ubah saiz teks)

NILAI: Walaupun Tourism Malaysia tidak mempunyai peranan dalam mempromosikan acara Octoberfest, pengerusinya Tan Sri Dr Ng Yen Yen berkata adalah tidak adil untuk mengharamkan acara ini memandangkan terdapat komuniti ekspatriat yang besar di Malaysia, termasuk ramai rakyat Jerman.

"Kita juga menerima banyak kedatangan orang luar dari seluruh dunia yang ingin mengambil bahagian dalam festival itu," katanya, sambil menambah tidak pernah timbul ada apa-apa isu mengenai acara itu sebelum ini.

Dr Ng berkata Tourism Malaysia tidak akan menyokong panggilan untuk mengharamkan acara tersebut. 

Diadakan sejak 1810, Octoberfest dilangsungkan setiap tahun di Munich, Jerman. Ia juga diraikan di kebanyakan negara lain.

"Jika Octoberfest diharamkan, maka kita langsung tidak boleh mempunyai sebarang program seperti itu (di mana bir dihidangkan).

"Bagi saya, ia terpulang kepada individu berkenaan sama ada dia ingin menghadiri festival seperti itu atau tidak. Tiada siapa yang boleh dipaksa untuk berbuat demikian," katanya selepas melancarkan buku panduan Jom Singgah di R & R Seremban di Lebuhraya Utara Selatan di sini Khamis. 

Buku panduan ini, antara lain, menyediakan maklumat mengenai destinasi pelancongan, kemudahan di sepanjang 16 R & R NSE yang dinaik taraf, dan hidangan istimewa di perhentian dipilih.
Tags / Kata Kunci: Octoberfest , Tan Sri Dr Ng Yen Yen

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan