MH17: Mangsa Warga Malaysia Ke-43 Dikenal Pasti Shaliza Zaini

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jasad seorang lagi warga Malaysia, yang terkorban dalam tragedi MH17 dikenal pasti sebagai Shaliza Zaini Dewa, menurut Kementerian Pengangkutan pada Jumaat.

Allahyarham Shaliza Zaini, 45, adalah antara 298 orang yang terbunuh bila pesawat MAS Penerbangan MH17 jatuh di bahagian timur Ukraine pada 17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Beliau terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka – Australians Piers, 15; Marnix, 12; dan Margaux van den Hende, 8.  

Mereka dalam perjalanan pulang dari percutian di Amsterdam dan sepatutnya merayakan Aidilfitri bersama keluarga mereka di Kajang, Selangor, sebelum balik ke Melbourne. Mereka menetap di sana.  

Menteri Pengangkuktan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, jasad 43 warga Malaysia telah dikenal pasti daripada sejumlah 44 orang dalam MH17. 

"Dalam waktu penuh ujian ini, keluarga penumpang dan kru MH17 terus menjadi keutamaan kami," kata Liow.

Mengulas laporan berita mengenai topeng oksigen yang ditemui di leher seorang mangsa, Liow berkata, pengesahan seterusnya diperlukan daripada pasukan Malaysia di Netherlands oleh kerana siasatan dijalankan pihak berkuasa Belanda. 

"Spekulasi tidak wajar berhubung implikasi di sebalik topeng oksigen itu tidak perlu timbul, hinggalah penyiasat telah menyelesaikan siasatan mereka di tapak nahas," kata beliau. 

Beliau berkata keluarga mangsa perlu diutamakan bila sebarang maklumat disiarkan.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , MH17 , Shaliza Zaini Dewa

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan