Jerebu: Enam Kawasan Catat IPU Tak Sihat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 12:10 PM

Pemandangan sekitar ibu negara dari puncak Menara Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam kawasan di Semenanjung mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan tertinggi, 129 direkodkan di Nilai, Negeri Sembilan, pagi Jumaat.


Bacaan yang dicatat pada pukul 9 pagi Jumaat itu meningkat daripada 124 pada awal pagi yang sama.

Lima lagi kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat ialah Pelabuhan Klang (119), Seremban (112), Putrajaya (106), Batu Muda, Kuala Lumpur (105) dan Banting, Selangor (103).

Portal Jabatan Meteorologi menunjukkan kebanyakan kawasan di Sabah dan Sarawak mencatatkan bacaan IPU antara baik dan sederhana.

Bacaan IPU juga menunjukkan Keningau, Sabah dan Miri, Sarawak mencatatkan bacaan IPU paling baik iaitu 21 dan 24.

Jurucakapnya ketika dihubungi memaklumkan, Gunung Sinabung yang memuntahkan lahar di utara Sumatera pada Ahad tidak memberi kesan secara langsung kepada jerebu yang melanda negara.

"Jerebu di negara kita berlaku disebabkan kebakaran hutan yang dilakukan secara terbuka," katanya.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Tags / Kata Kunci: jerebu , Gunung Sinabung

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan