Cuaca Berjerebu Tidak Akan Berterusan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 8:57 AM

Keadaan jerebu di Putrajaya pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cuaca berjerebu dijangka berlaku hanya sementara waktu, menurut Jabatan Meteorologi.

Pegawai Meteorologi, Ambun Irian berkata musim peralihan monsun semasa yang dialami negara ini akan membantu mengurangkan jerebu.

"Kita mengalami musim peralihan monsun, yang dijangka berlaku pada pertengahan bulan November, dengan kekerapan ribut petir dan hujan lebat terutamanya pada waktu petang dan malam di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan pedalaman Sarawak.

"Ini boleh mengurangkan keadaan berjerebu di negara ini," katanya dalam e-mel kepada The Star.

Selain musim peralihan monsun, negara ini juga mengalami keadaan cuaca yang kering di kebanyakan tempat di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak. 

Walau bagaimanapun, cuaca kering juga dijangka hanya berlaku dalam tempoh sementara, kata Ambun.

"Keadaan ini adalah disebabkan oleh Taufan Vongfong yang kini terbentuk di timur laut Filipina dan bergerak ke arah selatan Jepun.

"Kekurangan kelembapan di atmosfera menyumbang kepada kurangnya hujan di negara ini, terutamanya Semenanjung Malaysia," katanya.

Musim peralihan monsun akan diikuti oleh musim monsun timur laut dari pertengahan November hingga awal Mac tahun depan.

"Dalam tempoh monsun timur laut, keadaan cuaca yang lebih lembap dijangka di seluruh negara dengan lima hingga enam episod hujan lebat," kata Ambun.

Sementara itu, The Straits Times Singapura melaporkan bahawa Indonesia menjangkakan kelewatan permulaan musim hujan dan ini boleh menyebabkan cuaca berjerebu di Singapura dan Malaysia berakhir sekurang-kurangnya sehingga pertengahan bulan bergantung kepada keadaan angin.

Peramal cuaca di Pekanbaru dipetik sebagai berkata bahawa musim hujan, yang pada asalnya dijangka pada awal Oktober di wilayah Riau, kini paling awal akan bermula pada pertengahan bulan kerana fenomena El Nino.

Tags / Kata Kunci: jerebu , monsun timur laut , peralihan monsun

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan