Bonus Setengah Bulan Atau Minimum RM500 Untuk Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 6:18 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 bakal dinikmati kira-kira 1.5 juta penjawat awam pada Januari depan, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pesara kerajaan pula diberi bantuan khas sebanyak RM250.
 
"Pemberian bonus ini akan dibayar pada Januari 2015," katanya ketika membentangkan "Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Perdana Menteri berharap pemberian bonus itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kenaikan kos sara hidup dan menjaga kebajikan penjawat awam, terutama kepada keluarga untuk persediaan musim awal persekolahan, kelak.

Pada Julai lepas, kerajaan memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.
 
Bayaran bantuan khas kewangan kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam pula, Perdana Menteri berkata kerajaan akan menambah baik 252 lagi skim perkhidmatan sedia ada.

Ketika membentangkan Bajet 2014 tahun lepas, Najib telah mengumumkan penambahbaikan 81 skim perkhidmatan awam.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju memberi bantuan bulanan RM300 seorang bagi menghargai khidmat pegawai dan petugas kontrak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), JPNIN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Seranta Felda, yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun dan telah tamat perkhidmatan kontrak mengikut umur persaraan wajib.
 
"Inisiatif ini akan memanfaatkan 1,655 individu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , bonus penjawat awam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan