Bajet 2015: Skim Perumahan Belia Diperkenalkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 6:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan menawarkan Skim Perumahan Belia bagi pemilikan rumah pertama bernilai tidak melebihi RM500,000 kepada belia berkahwin berumur 25 tahun hingga 40 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2015 berkata, skim itu layak bagi belia berkeluarga yang mempunyai isi rumah tidak melebihi RM10,000 dengan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 35 tahun.

"Di bawah skim ini sebanyak RM200,000 sebulan diberikan oleh kerajaan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan.

"Pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberikan," katanya di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Selain itu Najib berkata, kerajaan turut menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh termasuk kos insurans.

"Oleh itu saya menyeru golongan belia supaya merebut peluang ini yang ditawarkan secara 'first come first served basis' untuk 20,000 unit rumah sahaja," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , Skim Perumahan Belia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan