Mekanisme Baharu Pemberian Subsidi Petroleum Diumum Dalam Masa Terdekat - Berita Semasa | mStar

Mekanisme Baharu Pemberian Subsidi Petroleum Diumum Dalam Masa Terdekat

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 5:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membangunkan satu mekanisme baharu pemberian subsidi petroleum yang akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah ini dilakukan untuk memastikan pemberian subsidi yang lebih  bersasar serta mengambil kira kesedaran dan kesediaan rakyat terhadap langkah rasionalisasi subsidi.

Katanya, kini lebih RM21 bilion setahun diperuntukkan untuk membiayai subsidi petrol RON95, diesel dan gas memasak LPG.

"Peruntukan subsidi telah meningkat lebih 14 kali ganda daripada RM1.65 bilion pada 2002 kepada RM23.5 bilion pada 2013, semata-mata untuk mengekalkan harga runcit petrol yang rendah," katanya ketika membentangkan Bajet 2015 yang bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat" di Parlimen pada Jumaat.

Katanya, ini berlaku disebabkan peningkatan jumlah kenderaan daripada 13.6 juta unit pada 2008 kepada 23.7 juta unit pada 2013.

Jelas Najib, kerajaan telah memperuntukkan RM588 juta bagi pelbagai subsidi pada 1994 dan jumlah ini telah meningkat kepada RM40.5 bilion pada 2014.

"Bagi menambah baik kedudukan kewangan awam, kerajaan komited untuk melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi terutamanya subsidi petroleum.

"Langkah ini bertujuan memastikan pemberian subsidi lebih bersasar serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan memastikan langkah rasionalisasi subsidi dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , subsidi petroleum
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan