Bajet 2015: RM27.6 Bilion Tingkatkan Keselamatan, Pertahanan - Berita Semasa | mStar

Bajet 2015: RM27.6 Bilion Tingkatkan Keselamatan, Pertahanan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM27.604 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2015 untuk meningkatkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam serta pertahanan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu termasuk peruntukan RM17.7 bilion untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RM9.1 bilion untuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan RM804 juta bagi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Beliau berkata bagi PDRM, kerajaan meluluskan 11,757 perjawatan anggota polis selain membina 14 Ibu Pejabat Polis dan balai polis termasuk bangunan baharu Ibu Pejabat Kontinjen Perlis.

Langkah itu selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah, yang merupakan satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat" di Dewan Rakyat di sini, Jumaat.

Selain itu, katanya sebanyak 1,000 lagi unit rondaan motosikal PDRM akan ditambah dan kerajaan juga memperuntuk RM121 juta kepada pihak berkuasa itu bagi melaksanakan pelbagai program NKRA.

Bagi meningkatkan kesiapsiagaan aset dan anggota ATM, Najib berkata sebanyak RM7 bilion diperuntukkan bagi memperoleh dan menyelenggara aset-aset pertahanan.

"Kebajikan anggota tentera juga akan dipertingkat termasuk perkhidmatan kesihatan dan penyediaan kediaman mereka," katanya.

Perdana menteri berkata peruntukan RM393 disediakan untuk menambah baik kecekapan operasi dan pembelian tujuh kapal peronda baharu bagi meningkatkan keselamatan maritim.

Selain itu, sebanyak RM117 juta diperuntukkan kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terutamanya bagi tujuan latihan bagi mengukuh peranan jabatan berkenaan.

Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri itu juga akan terus memainkan peranan sebagai agensi sukarelawan bagi membantu pasukan keselamatan, dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara, kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan