Bajet 2015: Elaun Sara Hidup Nelayan Dinaikkan

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 7:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Nelayan Zon A, B dan C akan menikmati kenaikan elaun sara hidup manakala nelayan darat sepenuh masa juga buat julung kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan dalam Bajet 2015.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, elaun sara hidup nelayan Zon A akan naik daripada RM200 kepada RM300 sebulan manakala bagi nelayan Zon B dan C dinaikkan kepada RM250. 

"Lebih 44,000 nelayan darat sepenuh masa, buat pertama kalinya akan diberi elaun RM200 sebulan," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan "Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM60 juta untuk mempergiatkan aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan, udang, kupang dan tiram dalam sangkar bagi mempelbagaikan sumber pendapatan nelayan yang terjejas terutama musim tengkujuh.

Selain itu, katanya, RM27 juta diperuntukkan untuk memasang 'Automatic Identification System' pada bot-bot nelayan untuk meningkatkan hasil tangkapan ikan, memastikan kedudukan bot nelayan berdasarkan zon tangkapan dan mengurangkan kos operasi.

"Sukacita saya mengumumkan tambahan RM250 juta untuk Projek Khas Perumahan Nelayan bagi membaik pulih dan membina rumah nelayan serta menyempurnakan lagi perkampungan nelayan," katanya sambil menambah bahawa dalam Bajet 2012, kerajaan mengumumkan peruntukan RM300 juta untuk projek perumahan nelayan itu.

Ini merupakan usaha kerajaan dalam menangani masalah pendapatan nelayan yang tidak menentu terutamanya ketika musim tengkujuh, serta persekitaran perkampungan nelayan yang tidak selesa, kata perdana menteri.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan