Bajet 2015: Pengecualian GST Tak Bantu Tingkatkan Ekonomi Rakyat - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 10 Oktober 2014 7:57 PM

Anwar ketika selesai sesi pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan api serta tambahan beberapa barangan terpilih tidak membantu meningkatkan ekonomi rakyat secara keseluruhan.

 

Ketua Pembangkang itu berkata, kerajaan sepatutnya memperkenalkan langkah yang wajar bagi mengekang kenaikan harga barangan selepas rasionalisiasi subsidi harga minyak baru-baru ini.

"Isu GST ini bukan soal pengecualian semata-mata sebaliknya soal pendekatan yang akan pasti meningkatkan harga barang," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menerusi pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa GST yang akan dilaksanakan 1 April tahun depan tidak akan dikenakan kepada petrol RON95, diesel, LPG.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan untuk menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama yang akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, menerusi pembentangan itu juga, kerajaan gagal meyakinkan rakyat mengenai janji untuk menguruskan kewangan negara dengan baik.

"Soal kebocoran, rasuah, tidak ada tender terbuka dalam beberapa kontrak besar hingga menyebabkan kos meningkat...tetapi hal ini tidak disentuh," katanya.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Anwar Ibrahim , Bajet 2015 , GST

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan