Saranan Tutup Sekolah Vernakular Bercanggah Dengan Undang-Undang

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 5:06 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sekolah vernakular menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di negara ini dan oleh itu, sebarang usaha untuk menutupnya adalah bercanggah dengan undang-undang, kata presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
Beliau berkata sekolah tersebut dilindungi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, yang antara lain menyebut bahawa walaupun bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, tiada sesiapa yang boleh dihalang daripada menggunakan bahasa lain untuk mengajar dan belajar.

"Oleh itu, sesiapa sahaja di negara ini yang mempunyai pandangan melampau dan hendak menghapuskan pendidikan (dalam bahasa ibunda), adalah melanggar undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan," kata Liow, yang juga Menteri Pengangkutan kepada pemberita selepas merasmikan Anjung Sejarah MCA di ibu pejabat parti itu di sini, Khamis.

Anjung Sejarah MCA mempamerkan bahan berkaitan sejarah MCA, termasuk kelengkapan yang sangat penting kepada parti berasaskan kaum Cina itu sejak awal penubuhannya.

Liow berkata MCA bukan sahaja mengutuk mereka yang mencadangkan langkah itu, tetapi juga berpendapat bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni.

Isu kewujduan sekolah vernakular menjadi topik perbahasan sejak beberapa tahun lepas dan terbaru, ia disentuh ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohemed Saad.

Ahad lepas, media melaporkan Mohamad Azli membuat kenyataan bahawa perhimpunan agung Umno November ini perlu membincangkan langkah untuk menghapuskan sistem sekolah vernakular Cina. 



 
Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , sekolah vernakular , MCA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan