Rekrut Anggota IS Tidak Terhad Kepada Pelajar Sekolah Pondok Sahaja - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 4:54 PM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemantauan terhadap potensi penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan militan "Negara Islam" (IS) tidak terhad kepada mereka yang mempunyai latar belakang pengajian sekolah pondok sahaja, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah pencegahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Pencegahan Keganasan mengambil kira semua aspek termasuk mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta dan mereka yang berada di dalam parti politik.

"Komitmen KDN (Kementerian Dalam Negeri) adalah jelas, dan melalui PDRM kita akan menentukan bahawa Malaysia tidak terus dianggap sebagai negara yang menjadi lubuk melatih pengganas atau kumpulan militan," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian itu di sini, Khamis.

Beliau mengulas dakwaan IS memberi tumpuan kepada individu dengan latar belakang agama untuk direkrut sebagai pejuang.

Ahmad Zahid berkata PDRM memantau rapat setiap pergerakan individu yang disyaki, termasuk mereka yang bakal pergi ke negara terbabit menggunakan laluan berbeza daripada yang dirancang.

Walaupun laluan telah diubah polis sentiasa mengikuti pergerakan mereka yang berkenaan, katanya.

Ahmad Zahid berkata PDRM juga bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memantau dan menghalang sebarang cubaan penghantaran dana untuk membiayai aktiviti kumpulan militan itu.

Beliau turut memaklumkan seramai 34 warga Malaysia terlibat dengan kumpulan militan IS di Syria, yang lima daripadanya telah meninggal dunia dalam pertempuran.

Daripada jumlah itu, empat adalah wanita yang merupakan isteri kepada individu militan berkenaan, katanya.
Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , IS

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan