Penganjur Oktoberfest 2014 Masih Belum Terima Kelulusan Beberapa Agensi - Azmin

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 8:01 PM

Mohamed Azmin Ali.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penganjur festival minuman keras 'Octoberfest 2014' yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat masih belum menerima kelulusan daripada beberapa agensi terlibat.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tindakan membatal atau tidak mengeluarkan permit kepada penganjur berkenaan masih boleh dilakukan sekiranya mereka tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

"Kita belum terima beberapa kelulusan daripada beberapa agensi...dalam festival seperti ini, jika penganjur mengikut garis panduan sedia ada, polis dan kastam akan berikan kelulusan.

"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan, jadi mereka kena patuh...MBPJ (Majlis Bandaraya Petaling Jaya) akan mempertimbangkan permohonan itu tertakluk kepada kelulusan awal," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penganjuran festival minuman keras itu di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Petaling Jaya, dekat sini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu Ean Yong Hian Wah dalam satu kenyataan menafikan kerajaan negeri mengenakan syarat tambahan bagi permohonan permit festival tersebut.

Katanya, permit hiburan sementara yang perlu dimohon penganjur adalah proses biasa dan syarat kelulusan daripada polis dan kastam juga bukan perkara baharu untuk membuat permohonan itu.

"Laporan media semalam bahawa kerajaan negeri mengenakan syarat tambahan untuk Octoberfest 2014 perlu diperbetulkan.

Syarat-syarat yang dikenakan pihak berkuasa tempatan adalah sama dengan tahun-tahun sebelum ini dan tiada syarat tambahan baharu...jika penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , Oktoberfest 2014

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan