MIC Terima Keputusan ROS Jika Pemilihan Semula Parti Perlu Diadakan

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 11:40 PM

G Palanivel

G.Palanivel.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC akan menerima keputusan siasatan Pertubuhan Pendaftar (ROS) berhubung dakwaan segelintir anggota parti yang mendakwa wujud salah laku dan penyalahgunaan kuasa semasa pemilihan parti tahun lepas, kata Presidennya Datuk Seri G.Palanivel. 

Beliau berkata ini termasuk mengadakan semula pemilihan parti bagi menggantikan pemilihan di Melaka pada 30 November 2013.

"Ia terpulang kepada ROS, mereka yang sedang menyiasat kes itu. Jadi ROS akan putuskan sama ada perlunya pemilihan parti atau tidak. Kita (MIC) akan ikut keputusan mereka," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu, di ibu pejabat MIC, di sini Khamis.

Bekas Ketua Pemuda MIC, Datuk T. Mohan beserta anggota MIC dilaporkan telah mengemukakan aduan rasmi kepada ROS pada 10 Januari lalu dengan memberi sebab mengapa pemilihan semula perlu diadakan.

Sebelum itu, Mohan juga telah mengemukakan memorandum kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Pemilihan MIC tahun lalu telah menyaksikan pertandingan lapan pemimpin kanan bagi merebut tiga jawatan naib presiden, manakala 88 calon merebut 23 kerusi Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) termasuk dua calon wanita.

Seramai 1,452 perwakilan terlibat dalam pemilihan itu untuk memilih barisan kepimpinan MIC baharu bagi penggal 2013-2016.

Baru-baru ini Mohan juga mendakwa bahawa ROS sudah menamatkan siasatannya terhadap dakwaan salah laku dalam pemilihan MIC itu dan penemuan siasatan dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mahukan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC menguatkan sayap masing-masing dengan menumpukan terhadap isu ekonomi, pendidikan, pertanian, sekaligus memastikan anggotanya didaftarkan sebagai pengundi berdaftar.

Palanivel juga menegaskan, selepas ini hanya kuil yang mengemukakan laporan kewangan lengkap akan diberikan peruntukan dan beliau mendakwa kebanyakan kuil gagal berbuat demikian. 

Tags / Kata Kunci: G.Palanivel , pemilihan MIC , ROS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan