Letupan Di Bukit Bintang: Zahid Minta Semua Bertenang - Berita Semasa | mStar

Letupan Di Bukit Bintang: Zahid Minta Semua Bertenang

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 11:50 AM

Ahmad Zahid Hamidi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta orang ramai supaya bertenang berikutan insiden letupan bom yang mengakibatkan 14 orang cedera di Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pagi Khamis.

Zahid berkata, polis sedang menyiasat insiden itu dan beliau sedang menunggu laporan perkembangan berhubung insiden daripada pihak polis.

"Mereka sedang menyiasat. Polis akan mengeluarkan kenyataan," katanya selepas mengadakan perhimpunan kementerian di sini, Khamis.

Dua wanita merupakan antara 14 yang cedera termasuk warga China dan Singapura.

Empat kereta turut rosak dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi apabila satu bom tangan meletup di hadapan sebuah pub di kompleks berkenaan.

Tags / Kata Kunci: letupan di bukit bintang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan