Kerajaan Pastikan Kemajuan Ekonomi, Kesejahteraan Rakyat Seiring - PM

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 11:01 PM

KENANGAN... Gambar Najib bersama Muhyiddin ketika pembentangan Bajet 2010. - foto FB Najib Razak

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat akan sekali lagi menyaksikan kerajaan berusaha memastikan kemajuan ekonomi bergerak seiring dengan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Dalam catatan di laman Facebooknya, Najib yang juga Menteri Kewangan menarik perhatian bahawa beliau pertama kali membentangkan bajet negara sebagai perdana menteri pada 2010.

"Alhamdulillah, sejak itu Malaysia telah mencapai tahap pertumbuhan ekonomi amat memberangsangkan dan pada masa sama memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara.

"Insya-Allah esok (Jumaat) pada pembentangan Bajet 2015, sekali lagi kerajaan akan pastikan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat berjalan seiring," katanya.

Dalam catatan itu, Najib turut berkongsi gambar beliau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika pembentangan Bajet 2010.
Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Bajet 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan