Kelulusan Permit Bagi NGO Malaysia Masuki Gaza Ditangguh Sementara

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 10:54 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kelulusan permit bagi badan bukan kerajaan dari Malaysia untuk memasuki Gaza menerusi sempadan Rafah ditangguhkan sementara.
 
Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Khamis berkata berikutan keadaan keselamatan yang tidak stabil di Semenanjung Gaza, Jabatan Hal Ehwal Palestin di Kementerian Hal Ehwal Luar Mesir memaklumkan bahawa kelulusan permit itu ditangguhkan sementara.

"Langkah penangguhan itu dilaksanakan berikutan kebimbangan berhubung keselamatan dan kesejahteraan delegasi yang mengunjungi Semenanjung Gaza," jelas kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata kerajaan Malaysia terus komited dalam menyedia dan melancarkan bantuan bagi meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Malaysia berharap penangguhan kelulusan permit bagi NGO dari Malaysia untuk memasuki Semenanjung Gaza menerusi Rafah akan ditarik balik dalam masa terdekat bagi membolehkan penghantaran bantuan kepada mereka yang terjejas akibat konflik di Palestin," menurut kenyataan itu.
Tags / Kata Kunci: Kementerian Luar , NGO , Gaza

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan