Dua Murid Di Kudat Cedera Semasa Duduki Peperiksaan UPSR

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 6:25 PM

Jame Alip.

(Ubah saiz teks)

KUDAT: Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera ringan selepas bumbung kelas mereka diterbangkan angin kencang ketika sedang menduduki peperiksaan ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pagi Khamis.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata murid berkenaan, Jil Muin cedera di bahagian peha terkena kipas siling yang jatuh manakala Danielson Danius cedera ringan terkena siling papan lapis.

Turut cedera dalam kejadian pukul 8.30 pagi berkenaan kata Jame ialah seorang guru lelaki pengawas peperiksaan, Jamil Totong yang cedera di bahagian belakangnya terkena beluti.

"Semasa kejadian, peperiksaan ulangan UPSR bagi kertas Matematik sedang dijalankan. Pada ketika itu, 37 murid sedang menduduki peperiksaan dengan tiga orang guru pengawas di dalam dua kelas," katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Bagaimanapun, kata Jame semua calon peperiksaan UPSR sekolah berkenaan dapat menyempurnakan peperiksaan mereka selepas dipindahkan ke blok bangunan bersebelahan bilik guru yang tidak terjejas dengan kejadian ribut berkenaan.

Dalam kejadian itu, empat kelas dan bilik pentadbiran terjejas manakala kereta milik guru besar sekolah itu turut rosak dihempap kayu.

Menurut Jame, semasa kejadian guru besar dan sembilan guru berada di dalam bilik guru sekolah itu.
Tags / Kata Kunci: UPSR , Kudat , Jame Alip

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan