Pakatan Rakyat Perkenal CGT Ganti GST

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 4:14 PM

Anwar menunjukkan buku Belanjawan Malaysia 2015 yang dihasilkan Pakatan Rakyat pada sidang media di Bangunan Parlimen, Khamis.

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

KUALA LUMPUR: Pakatan Pembangkang yakin pengenalan Cukai Keuntungan Modal (CGT) berupaya mengukuhkan asas pendapatan negara berbanding Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menganggarkan pengenalan CGT akan berjaya mengutip cukai permulaan sebanyak RM3 bilion pada 2015.

"Apabila ekonomi lebih berkembang dan pertumbuhan ekonomi meningkat, kutipan dari CGT atas keuntungan urusniaga melibatkan modal juga akan meningkat tinggi," katanya ketika membentangkan Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2015 di bangunan Parlimen di sini, Khamis.

Selain itu, menerusi Buku Belanjawan yang diedarkan kepada media, CGT juga untuk mengenakan cukai ke atas keuntungan urusniaga melibatkan saham dan bon, termasuk opsyen saham seperti Skim Opsyen Saham Pekerja (Esos).

"Pakatan Rakyat juga mencadangkan supaya pelaksanaan CGT mengambil kira kaedah terbaik dari seluruh dunia, termasuk kaedah menstabilkan kutipan cukai CGT supaya tidak terlalu turun naik seperti yang diamalkan di California, Amerika Syarikat," katanya.

Menerusi belanjawan alternatif itu juga, pembangkang mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan Cukai Warisan Harta demi melindungi golongan miskin.

"Kerajaan Persekutuan sepatutnya memperkenalkan kedua-dua cukai itu sebelum GST diperkenalkan," katanya.

Selain itu, empat keutamaan jangka pendek yang menjadi tumpuan pada 2015 bagi mempertahankan kebajikan rakyat iaitu pengenalan sistem gaji yang adil bagi memastikan pekerja mendapat perkongsian sewajarnya.

"Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum untuk mengekang kenaikan harga barang.

"Mewujudkan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat yang lebih radikal untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah selain merancakkan ekonomi desa," katanya.

Tags / Kata Kunci: CGT , GST , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan