Undang-Undang Khas Banteras Kongsi Gelap Perlu Digubal

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 5:15 PM

Sebutir bom tangan yang masih aktif diletupkan oleh anggota pemusnah bom PDRM dalam satu kejadian letupan bom di hadapan sebuah kelab malam yang berlaku awal pagi Khamis di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Undang-undang khas yang setara dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) perlu digubal segera bagi membanteras rangkaian kongsi gelap dan jenayah berat yang dilihat semakin ekstrem.

Dekan Kolej Undang-Undang dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata kumpulan kongsi gelap kini semakin berani melakukan apa sahaja kegiatan mereka seolah-olah mereka mempunyai benteng yang kebal daripada penguatkuasaan undang-undang.

Beliau berkata kejadian letupan bom yang meragut satu nyawa dan mencederakan 12 yang lain termasuk rakyat asing di ibu negara pada Khamis, merupakan petanda jelas untuk pihak berwajib mewujudkan mekanisme baharu tanpa berkompromi lagi kepada penjenayah yang mengancam keselamatan negara.

"Isu jenayah berat terutama yang melibatkan kongsi gelap semakin serius. Ini timbul kerana tiada lagi ISA, undang-undang yang pernah menggerunkan penjenayah.

"Selepas ISA dimansuh, bekas anggota kongsi gelap yang telah dibebaskan muncul kembali, cuba menunjukkan kedegilan dan keberanian mereka serta sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengebom dan meragut nyawa masyarakat," katanya.

Satu letupan bom berlaku di hadapan sebuah kelab malam di Bukit Bintang di sini awal pagi Khamis yang pihak polis percaya berpunca daripada pergaduhan dua kumpulan kongsi gelap.

Ahmad Marthada berkata kebanyakan kumpulan kongsi gelap mempunyai rangkaian besar dan sehubungan itu diperlukan undang-undang khas setaraf ISA bagi mengawal kegiatan mereka.

"Kita sedia maklum pihak polis mempunyai jabatan khas dan melakukan operasi khas untuk membanteras kongsi gelap.

"Namun ia mungkin tidak dapat dilakukan secara berkala kerana beberapa sebab seperti kekangan anggota. Oleh itu di sinilah perlunya undang-undang khas," katanya.

Beliau berkata insiden itu juga akan memberi impak negatif kepada industri pelancongan negara. 

Pensyarah Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM, Mohamad Faisol Keling turut menyuarakan pandangan yang sama dengan berkata kejadian itu sebagai kemucak kepada pelbagai kes jenayah berat yang berlaku setelah ISA dimansuhkan.

Beliau berkata pihak berkuasa perlu menyemak statistik kes jenayah berat dan seterusnya mencadangkan penguatkuasaan undang-undang baharu.

"Satu akta atau apa sahaja bentuk perundangan yang setara dengan ISA perlu diwujudkan segera yang mempunyai kemampuan untuk menimbulkan kehormatan, dipatuhi masyarakat dan tidak ada kompromi kepada penjenayah," katanya.

Tags / Kata Kunci: ISA , kongsi gelap , letupan , Bukit Bintang

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan