Bajet 2015: Pengguna Internet Mahu Pendidikan, Kos Sara Hidup Diberi Tumpuan

Diterbitkan: Khamis, 9 Oktober 2014 10:22 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menjelang pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat, pengguna Internet membangkitkan beberapa isu menerusi laman media sosial yang diharapkan terkandung dalam pengumuman yang ditunggu-tunggu itu.

Di Facebook, Napsiah Wan Salleh mengetengahkan isu kos sara hidup sebagai perkara yang perlu diberi perhatian.

"Turunkan ia ke peringkat realistik. Bermaksud banyak dasar mungkin harus diselaraskan atau disemak semula.

Siera Macpherson turut menggesa kerajaan untuk memperuntukkan dana cukai ke dalam bidang yang boleh meningkatkan kuasa pendapatan negara.

Salah satu bidang itu adalah kualiti pendidikan untuk menggalakkan golongan belia cemerlang dalam pelajaran yang akan memacu negara ke hadapan.

"Mengurangkan perbelanjaan terhadap sesuatu/projek yang tidak memberi faedah kepada negara.

"Anda boleh mengenakan cukai terhadap rakyat tetapi guna wang itu dengan sebaiknya dan bertanggungjawab. Kita tidak lagi boleh terlalu bertolak-ansur atau negara ini tidak akan maju," katanya.

Tan Kar Can menyuarakan pendapatnya dengan merayu agar pendidikan percuma diberikan terhadap pelajar di sekolah rendah dan menengah.

"Saya ingin melihat pelajar menikmati pendidikan percuma tanpa dibebani hutang pada masa hadapan menerusi pinjaman PTPTN dan isu kewangan yang lain.

"Jika boleh, setiap pelajar kolej dan universiti perlu diberi elaun bulanan untuk mengurangkan beban kewangan mereka," katanya.

Pengguna Twitter @akmalvABU turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi tumpuan terhadap masalah golongan pertengahan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Twitter @MrIsaacIsmael meluahkan kebimbangan mengenai kenaikan harga rumah dan kos perbelanjaan membeli susu untuk anak-anak.

"Jika Ahli Parlimen meminta kenaikan elaun, kami juga mahukannya," katanya.



Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , pendidikan , kos sara hidup

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan